Wednesday, May 13, 2015

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru hargai jasa pendidik

Oleh Hazwan Faisal Mohamad
PUTRAJAYA: Sambutan Hari Guru setiap tahun melambangkan penghargaan besar negara dan masyarakat kepada golongan itu di atas jasa dan bakti mereka.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata ia juga menunjukkan kerjaya guru adalah mulia kerana sentuhan daripada mereka berjaya melahirkan ramai tokoh yang berjaya di negara ini.
Justeru, katanya, sambutan Hari Guru sewajarnya disambut meriah oleh semua guru dan murid sebagai manifestasi jasa guru berkenaan.Pada Hari Guru, katanya, guru diberi penghormatan dan pengiktirafan bukan sahaja daripada ibu bapa dan pelajar, tetapi oleh pentadbir sekolah serta kerajaan.
Sambutan Hari Guru tahun ini diadakan di Kedah dengan kemuncaknya akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dewan Wawasan, Jitra, pada Sabtu ini.
"Sebagai bekas guru, saya berasa amat gembira kerana tahu jasa guru begitu banyak seperti yang kita semua ketahui, guru menyentuh masa depan murid. Sentuhan seorang guru sangat penting kerana akan memberi impak secara mendalam sekiranya memainkan peranan sebagai pengajar dengan berkesan," katanya.
Mary Yap berkata, ketika bergelar guru dan pengetua, beliau melihat kreativiti murid mengadakan pelbagai program bagi meraikan guru kesayangan mereka di sekolah.
"Ada yang membawa bunga dan kad sebagai hadiah bagi menghargai guru dan tidak ketinggalan ada ibu bapa yang memberi kad ucapan sebagai penghargaan kepada guru atas pengorbanan mendidik anak mereka.
"Usaha seperti ini memberi kesan positif apabila pelajar tahu untuk menghargai dan berterima kasih kepada guru kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat membaca dan mengira," katanya.
Penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2012 ini berkata, guru adalah kerjaya yang mulia dan kerana itu beliau melihat tema hari guru tahun ini, iaitu `Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak' dihayati semua guru.
Sehubungan itu, beliau juga menasihatkan guru supaya tidak berputus asa mendidik pelajar sekali pun ada ketikanya dikritik hebat.
"Selain itu, guru di negara ini juga perlu bersyukur kerana menikmati pelbagai kemudahan dan insentif sehinggakan ada guru dari luar negara berminat untuk berkhidmat di sini selepas mendapat tahu kelebihan berkenaan," katanya.
Berkongsi pengalamannya ketika membentangkan sistem pendidikan negara pada tahun 2006 di Cape Town, Afrika Selatan, yang dihadiri wakil daripada lebih 50 negara Komanwel, beliau menyentuh mengenai konsep kenaikan pangkat khas untuk guru.
Katanya, menerusi konsep itu, guru boleh dinaikkan pangkat dengan kekal berada di sekolah sebagai guru atau pengetua cemerlang tanpa perlu berpindah memasuki pejabat.
"Sistem ini ketika itu tidak diamalkan di negara lain dan saya memberitahu mereka, sebelum ini guru perlu keluar daripada sekolah seperti perlu berkhidmat di daerah atau jabatan pendidikan jika ingin dinaikkan pangkat, namun ia kini sudah tidak diamalkan lagi," katanya.

Sunday, May 10, 2015

SUCCESS


Tips pertama mencoba membangkitkan motivasi diri 
Cara yang bisa Anda lakukan untuk membangkitkan motivasi Anda yaitu dengan mengelola energi dan emosi Anda, misalnya dengan membaca buku tentang motivasi atau bisa juga melihat dan mendengarkan kisah-kisah orang sukses. Cara ini cukup efektif, agar Anda bisa memotivasi diri sendiri di saat sedang down. Yakinlah diri Anda bahwa orang yang sukses juga pernah mengalami kegagalantapi mereka tidak berlarut-larut di dalamnya dan segera bangkit untuk mendapatkan motivasi yang jauh lebih besar.
Tips kedua menyalurkan motivasi diri ke dalam bentuk tindakan
Banyak orang yang mempunyai motivasi untuk menjadi lebih baik tapi hal itu sering tidak berhasil karena mereka belum action. Motivasi yang tidak diubah menjadi tindakan akan menjadi motivasi kosong. Anda hanya bisa bersemangat, tetapi tidak menghasilkanoutput apa pun. Lakukan action segera mungkin saat motivasi Anda masih tinggi.
Tips ketiga mempertahankan motivasi diri agar tidak cepat padam
Banyak yang bilang bahwa membangkitkan itu lebih mudah dari pada mempertahankan ataupun menjaga konsistensinya. Karena itu untuk menjaga motivasi diri dibutuhkan usaha dan niat yang kuat dari dalam diri kita, untuk terus berusaha lebih baik dari hari-hari sebelumnya
Jika Anda bisa melakukan tiga tips motivasidiri tersebut, maka bisa dipastikan bila Anda juga mampu mempertahankan motivasi tanpa harus ada faktor dari luar, karena pada dasarnya motivasi itu sudah ada di dalam diri Anda, hanya perlu disegarkan dan dibangkitkan lagi. Selamat berkarya dan jangan pernah mudah putus asa! Salam sukses.